Saudagar Cyber Saudagar Cyber

menuju kebebasan KEWANGAN & MASA dengan bisnes online SYARIAH….
  • July 31, 2010   Published ~ 14 years ago.

    Penapis air hpa – mengapa perlu jadi pilihan ?

    Penapis air hpa adalah antara yang perlu dipertimbangkan kepada anda yang masih mencari penapis air yang sesuai untuk rumah anda. Selain menekankan aspek halal dalam pembuatan, penapis air hpa juga menepati standard kajian majlis antarabangsa.

    KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA

    Kajian para saintis telah menunjukkan terdapat pelbagai penyakit yang berpunca daripada sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk daripada pemakanan seharian kita.

    Mineral berakali yang mana terdapat dalam air minuman dapat membantu untuk meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan kepada pelbagai penyakit contohnya seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuklah kanser.

    Ini diperakui oleh doktor bernama Dr.Mona Harrison MD iaitu pengarah Majlis Air Antarabangsa yang mengatakan sel kanser akan mati dalam air beralkali, virus serta agen jangkitan yang lain juga tidak dapat hidup dalam persekitaran alkali dan air beralkali adalah baik bagi insomnia dan Colic.

    Sel sihat adalah bersifat alkali dan sel yang rosak ataupun tidak sihat adalah bersifat asid.

    MENGAPA PERLU MEMILIH PENAPIS AIR HPA ?

    Penapis air hpa juga datang dengan pakej yang menarik di mana harganya agak murah dibandingkan dengan penapis air lain yang ada di pasaran tetapi masih berkualiti tinggi. Kalau kita lihat pasaran penapis air, apa yang  agak menjadi masalah adalah harga tunai penapis air terlalu tinggi hingga ada penapis air yang mencapai RM2,000.00 harga tunai serta kos penyelengaraan mahal berbanding penapis air hpa .

    Penapis air hpa juga insyaalah berupaya untuk memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, sakit mental, mengurangkan masalah syndrom down dan pelbagai penyakit lagi…


  • July 31, 2010   Published ~ 14 years ago.

    Radix fried chicken – kini di Kubang Kerian, Kelantan !

    Radix fried chicken , restoran ayam organik goreng HPA yang ke-7 telah selamat dirasmikan pada 25h Julai 2010 yang lalu. Majlis Perasmian restoran radix fried chicken Cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan telah selamat dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Seri Bentara Setia Haji Nik Aziz Bin Haji Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan.

    Perasmian radix fried chicken tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, Timbalan Exco Kelantan, YB Haji Fattah Harun, GM AWM, En Mohamad Faisol Abdul Rahman, GM Puan Rasidah Bt Abdul Rahim, AGM, Pengurusan HPA, PJS serta ahli HPA dari seluruh negara.

    Lokasi Radix fried chicken cawangan Kubang Kerian adalah berhadapan dengan Hospital USM Kubang Kerian.

    Di bawah adalah gambar semasa majlis perasmian Radix fried chicken kubang kerian…


  • July 30, 2010   Published ~ 14 years ago.

    Penapis air hpa – tanpa tulang haiwan !

    Penapis air hpa adalah salah satu usaha HPA dalam membantu meningkatkan kesihatan melalui sistem perawatan air. Dan lagi penting, penapis air hpa juga adalah dijamin status halal oleh JAKIM

    Katrij penapis air hpa adalah bebas daripada unsur penggunaan tulang haiwan, di mana penapis air ini hanya menggunakan tempurung kelapa untuk menjadi bahan gantian kepada tulang haiwan.

    Formula kandungan dalam setiap katrij penapis air hpa adalah berbeza serta  tidak ada syarikat lain boleh meniru sukatan serta ukuran bahan tersebut. Penghasilan penapis air hpa melibatkan kajian selama hampir 7 tahun untuk  menghasilkan penapis air berkualiti.

    Satu lagi kelebihan penapis air hpa ialah dari segi penjimatan jangka masa panjang.  Sesetengah penapis air yang ada di pasaran, mempunyait tempoh hayat gantian katrij untuk 1 tahun yang mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun serta melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air hpa hanya memerlukan belanja RM98.00 bagi tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij murah serta mampu dimiliki.

    PH air penapis air hpa juga hampir menyamai air Zam Zam.

    Penapis air hpa insyallah dapat membantu untuk menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, serta membantu untuk meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

    Penyelenggaraan penapis air hpa juga adalah mudah serta murah disebabkan tidak menggunakan elektrik dan telah melalui ujian makmal Sirim.

    Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.


  • July 23, 2010   Published ~ 14 years ago.

    Produk hpa : Dapatkan pada harga promosi !

    Produk hpa di bawah boleh didapati pada harga Promosi mulai Julai – Disember 2010 . 

    Bedak Delima (biji)
    Harga asal: RM 13
    Harga promosi: RM 12

    Brightening Night Cream
    Harga asal: RM 58
    Harga promosi: RM 50

    Omrahaj Lip Balm
    Harga asal: RM 15
    Harga promosi: RM12

    Minuman ALG
    Harga asal: RM 16
    Harga promosi: RM 14

    Jem Nenas
    Harga asal: RM 10
    Harga promosi: RM 8

    Pencuci Lantai Merbau, Pencuci Tandas Angsana, Pencuci Pinggan Widuri
    Harga asal: RM 4
    Harga promosi: RM 3

    Minuman Serai
    Harga asal: RM 16
    Harga promosi: RM 14

    Minuman Sepang
    Harga asal: RM 16
    Harga promosi: RM 14

    Nilai Mata (NM) bagi semua produk hpa di atas adalah kekal sama seperti sebelumnya. Semoga kita dapat memanafaatkan harga promosi produk hpa di atas untuk lebih memfokuskan kepada produk hpa di atas.


  • July 18, 2010   Published ~ 14 years ago.

    Radix Fried Chicken : Kini di Kangar Perlis !

    Radix fried chicken cawangan terbaru telah dibuka di Kangar, Perlis. Di bawah adalah berita yang dipaparkan di Kosmo. Radix fried chicken Kangar merupakan cawangan yang ke-6 ditubuhkan dan HPA mensasarkan 6 lagi restoran untuk tahun 2010 ini.

    Radix fried chicken nampaknya akan memperkukuhkan lagi rangkaian bisnes HPA di seluruh negara. Bersama kita terus menyokong memartabatkan produk halal organik muslim.

    Di bawah adalah berita mengenai radix fried chicken yang disiarkan dalam berita kosmo.

    RFC diperluas ke seluruh negara

    Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
    faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

    9 Julai 2010 – Radix fried chicken menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.

    KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

    Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

    Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

    “Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

    Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran Radix fried chicken di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

    Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

    Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan Radix fried chicken di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.



  • July 17, 2010   Published ~ 14 years ago.

    Panduan membuat website – Video bahasa melayu PERCUMA

    Panduan membuat website secara video memang amat membantu dalam belajar membuat website sendiri. Kepada anda yang sedang belajar, manafaat sepenuhnya panduan membuat website secara video yang ada di internet sama ada yang boleh didapati secara percuma atau yang memerlukan sedikit bayaran.

    Jika anda ingin video percuma panduan membuat website dalam bahasa melayu sila ke laman web saya di http://www.lifeinfreedom.ws . Di laman web tersebut terdapat lebih kurang 50 video bahasa melayu untuk membantu dalam belajar membuat website sendiri, sistem autoresponder dan yang lebih utama, cara mempromosikan laman web anda.

    Di bawah adalah salah satu contoh video percuma yang disediakan di laman web http://www.lifeinfreedom.ws. Sebelum dapat masuk laman panduan membuat website tersebut, anda hanya perlu berikan nama dan email.

    Ingin lagi video PERCUMA, sila klik sini


  • July 16, 2010   Published ~ 14 years ago.

    Boikot israel : carilah produk alternatif !

    Boikot israel atau lebih tepat, boikot produk zionis merupakan antara senjata ekonomi yang digunakan oleh masyarakat dunia untuk memberi tekanan kepada zionis yang terus menerus melakukan kekejaman di Palestin.

    Bagi saya bila bercakap isu boikot israel, isu konsistensi atau istiqamah adalah paling utama. Ramai yang orang kata hangat-hangat tahi ayam dalam isu ni. Bila ada kejadian besar yang berlaku di palestin, baru semua mula untuk boikot israel kembali. Sedangkan sepatutnya ia adalah satu usaha yang berterusan terutama untuk produk israel yang bukan keperluan atau telah ada alternatif produk yang telah dikeluarkan oleh orang islam.

    Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

    Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

    Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

    Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

    Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

    Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

    Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

    Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
    1998.

    Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

    Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

    Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

    Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

    Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

    Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

    Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

    Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

    Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

    LAIN-LAIN SYARIKAT

    Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

    MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

    HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

    GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

    COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

    Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.


  • July 16, 2010   Published ~ 14 years ago.

    Produk hpa : Cecair pencuci Freesia

    Cecair pencuci freesia merupakan salah satu dari produk hpa dalam kategori barangan harian. Cecair pencuci freesia hpa bukanlah produk terbaru, tetapi saya tekankan di sini kerana hpa industries ada membuat perancangan untuk membuat pengiklanan untuk produk hpa ini di media-media utama seperti TV.

    Seperti sabun basuh lain, cecair pencuci freesia sesuai  untuk pakaian putih dan berwarna. Bagi  kotoran degil, sapukan cecair pencuci freesia pada kotoran dan biarkan seketika sebelum mula membasuh. Bagi cucian putih, sila gunakan bersama air panas.

    Harga Pengguna
    Semenanjung Malaysia: RM 18
    Sabah & Sarawak: RM 22

    Harga Pengedar HPA
    Semenanjung Malaysia: RM 16
    Sabah & Sarawak: RM 18

    Nilai Mata (NM): 2


    Ingin dapatkan produk ini di stokis/cawangan berdekatan anda pada HARGA AHLI ?

    Sila taip : freesia <tempat anda tinggal/kerja> dan sms ke 0132045433
    Cth: freesia shah alam selangor dan sms ke 0132045433


  • July 12, 2010   Published ~ 14 years ago.

    Kerja dari rumah : separuh pertama julai 2010

    Kerja dari rumah bersama HPA secara online separuh pertama julai ni banyak saya fokus pada blogging. Cuma update blog mana yang patut. Juga masa untuk ulangkaji balik pasal blog SEO. Statistik visitor masih rendah sebab post tak banyak lagi. Kerja dari rumah secara online ni, blogging adalah antara komponen yang paling penting tapi sebelum2 ni tak begitu fokus pasal blogging.

    Selain tu, salah satu teknik penting dalam kerja dari rumah bersama hpa iaitu sharing iklan, saya stop sekejap, dan bila masa sesuai akan start balik. Teknik ni banyak menolong untuk mengembangkan rangkaian hpa saya. Ini adalah cara untuk menggalakkan kerjasama dalam rangkaian untuk kerja dari rumah bersama HPA.

    Ilmu bisnes internet adalah penting jika ingin berjaya dalam kerja dari rumah bersama HPA. Masa untuk merangka dan mengumpul maklumat penting untuk dikongsi bersama rangkaian. Tugas duplikasi memang tugas yang mencabar , tapi tiada pilihan jika ingin mengembangkan rangkaian.


  • July 11, 2010   Published ~ 14 years ago.

    Kerja dari rumah : mulakan dari sekarang !

    Kerja dari rumah dengan menjalankan bisnes online samada secara full time atau part time dah semakin popular. Bukan lagi benda yang asing dalam masyarakat kita. Dah ramai yang mendapat hasil samada sedikit atau banyak melalui kerja dari rumah secara online. Macamanapun lebih ramai yang belum menjana hasil yang sepatutnya. Semuanya bergantung setakat mana usaha kita, bukan sekadar terpedaya dengan skim cepat kaya online atau teknik promosi yang melampau.

    Dari pengalaman saya sendiri, alhamdulillah kerja dari rumah secara online telah membantu saya untuk menjana hampir 4 angka sebulan. Awal-awal memang menyakitkan, berbulan-bulan buat kerja dari rumah tapi belum mendapat sebarang hasil dan kadang-kadang rasa macam nak give up. Tapi semakin lama, bila dah mendapat rentak, hasil makin bertambah dan mula seronok buat kerja dari rumah.

    Tapi yang paling best pada saya, kerja dari rumah dapat mengelakkan kita menerima rejection/penolakan secara terus atau face-to-face. Tak perlu menebalkan muka untuk berjumpa terus dengan pelanggan. Ini adalah faktor yang penting kerana mengelakkan kita cepat rasa lemah kerana secara fitrah bila selalu menerima rejection, lama kelamaan kita punya keyakinan akan pudar. Moral of the story, buatlah kerja dari rumah .

    Tadi yang paling best, sekarang ni yang paling penting. Yang paling penting dalam kerja dari rumah (sama jugak ngan bisnes lain) , jangan kedekut untuk melabur dalam ilmu. Belajar ilmu bisnes internet dari pelbagai sumber yang ada samada sumber internet, buku-buku ataupun seminar. Tapi pastikan dalam mencari ilmu, kita terus fokus pada bidang bisnes internet yang kita pilih (bisnes internet banyak jenisnya).

    Kerja dari rumah secara online adalah trend terbaru, jangan tertinggal kapal !


« Previous 1 Next »

Feed Information for Saudagar Cyber

Find or add a new feed:

Enter website or RSS feed URL:
Upload/import OPML file:

Bookmarklet

Drag this link to your browser bookmarks bar, then click it whenever you want to add the site you're viewing to RSS2.com.

Add to RSS2.com